Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Wasington menolak dakwaan media mengenai rundingan antara Iran dengan Amerika Syarikat mengenai krisis yang sedang berlaku di Iraq.
"Tidak, kami tidak berbincang dengan Iran mengenai Iraq," kata jurucakap Jabatan Negara, Marie Harf kepada pemberita pada hari Jumaat sebagai reaksi kepada pertanyaan mengenai kemungkinan terjadi hubungan langsung atau tidak langsung antara kedua-dua negara tersebut mengenai isu ini.
Mehr News Agency sebelum ini turut menyiarkan wawancara dengan seorang diplomat Iran yang menolak laporan media Ameria bahawa Iran telah menghantar tiga batalion askar ke Iraq.
Kumpulan bergelar Negara Iraq dan Sham (ISIS) yang sebelum ini telah mencetuskan huru hara di Syria kini dilaporkan telah menawan beberapa kota di Utara Iraq.
Pada hari Jumaat lalu, ulama terkemuka Syiah Ayatullah al-Uzma Sayid Ali Sistani telah mengeluarkan fatwa untuk memyeru orang ramai mengangkat senjata dan mempertahankan negara mereka dari militan Takfiri (Wahabi).
Media Iraq melaporkan ribuan pemuda dari bebagai lapisan masyarakat berpusu-pusu mendaftar sebagai sukarela untuk berjuang bersama-sama askar kerajaan dalam menghadapi pengganas ISIS.
Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki juga berkara, pihak berkuasa akan merekrut rakyat untuk memerangi militan tersebut di Nineveh dan Salahuddin. Maliki turut menyalahkan Arab Saudi dan Qatar sebagai dalang utama dalam krisis keamanan dan peningkatan pengganas dalam negaranya. Beliau turut mengumumkan Riyadh sebagai penyokong utama keganasan global.
Sepanjang hari kelmarin, askar Iraq terlibat dalam pertempuran sengit dengan pengganas yang mengancam untuk menyebarkan kekejaman mereka ke beberapa kota lain termasuk Baghdad.
14 Jun 2014 - 09:20
News ID: 615879
Berita rundingan Amerika dan Iran mengenai krisis Iraq adalah palsu